LMS ESPORT (Analisis Prestasi Pemain)
19 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Analisis Prestasi Pemain” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Tujuan pembelajaran adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah menilai prestasi pemain berdasarkan kemahiran, strategi, komunikasi, dan keputusan permainan. Peserta mempelajari cara mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, menganalisis statistik dan corak permainan, serta merancang penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi individu dan pasukan dalam pertandingan e-Sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: